Trending
Selebriti

Yusof dedah isteri merajuk, hilang sebulan angkara fitnah curang

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam mendedahkan rumah tangganya dengan Datin Patimah Ismail pernah dilanda badai hingga menyebabkan isterinya merajuk dan menghilangkan diri selama sebulan.

Berkongsi punca krisis yang berlaku, Yusof berkata, ia disebabkan oleh salah sangka dan fitnah yang mendakwa dirinya berlaku curang.

"Adalah peristiwa berlaku menyebabkan dia merajuk dan membawa diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah bagi mendalami ilmu agama.

"Hampir sebulan isteri menghilangkan diri dan saya jadi buntu dan tak tahu di mana dia berada.

"Anak-anak pula masih bersekolah. Secara kebetulan, kami baru sahaja pindah ke banglo ini.

"Apabila terkenang segala usaha dan penat lelah membina rumah ini, saya nekad untuk mempertahankan rumah tangga walau apa sahaja dugaan yang datang.

"Lainlah kalau saya benar-benar curang. Semuanya berlaku kerana surat kayangan," katanya ditemui pada majlis rumah terbuka dan sambutan ulangtahun ke-41 perkahwinan diadakan di Darul Haslam, Taman Melawati di ibu negara, baru-baru ini.

Pada majlis itu, pasangan tersebut memotong pulut kuning bagi meraikan hari yang penuh bermakna itu.

Yusof menambah, perasaan untuk mempertahankan rumah tangga timbul selepas terdengar lagu Permata Untuk Isteri dendangan Kopratasa yang menjailagu kenangqmnya bersama Patimah.

"Satu pagi selepas solat Subuh saya duduk di balkoni. Ketika itu, saya terdengar lagu Permata brrkumandang di radio.

"Hati saya terusil dan air mata berjurai-jugak di pipi. Lagu ini amat menyenyuh jiwa," ungkap pengarah filem Sembiku dan Sembilu 2 ini.

Menurut Yusof, dia bersyukur hasil bantuan bapa mentuanya berjaya menjejaki isteri dan mengajaknya pulang ke pangkuan keluarga.

"Pada awalnya, isteri masih berkeras, tapi Alhamdulillah selepas saya meyakinkannya dengan mengatakan sekiranya saya melakukan dosa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika nak rezeki sentiasa melimpah.

"Secara kebetulan, waktu itu filem Gerak Khas The Movie nak tayang di pawagam. Isteri saya pun terus perli dengan mengatakan biasanya filem saya selalu mendapat sambutan, jadi nak tengok sama ada filem ini berjaya atau tidak.

"Alhamdulillah, dengan izin Allah dan saya kekal dengan pendirian tidak melakukan perkara tidak baik di belakangnya, filem ini sukses apabila meraih kutipan pecah panggung.

"Jujurnya, proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak salahkan isteri sebab sudah tentu dalam bidang hiburan terdedah dengan macam-macam gosip.

"Saya pula selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghadapinya," jelas Yusof.

Related Article