Trending
Selera

Domino's lancarkan Sos 'Top Secret' Pedas Memikat

KUALA LUMPUR: Dommal Food Services Sdn Bhd (Domino's Pizza Malaysia), baru-baru ini melancarkan sos 'Top Secret' pedas memikat khas untuk peminat jenama piza.

Domino's juga memperkenalkan Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings untuk pelanggan menikmati piza dengan sentuhan pedas yang boleh didapati dalam masa yang terhad.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan, berkata penggunaan rempah, sos Top Secret' Pedas Memikat itu adalah versi perisa pedas daripada piza Top Secret yang sangat digemari di negara ini.

"Sos Top Secret pilihan terlaris dan digemari dalam kalangan peminat dengan gabungan krim, keju dan bawang putih dalam empat rasa berbeza.

"Kami memahami kegemaran rakyat Malaysia, jadi Domino's memperkenalkan piza dan sampingan makanan pedas melalui Sos 'Top Secret' Pedas Memikat ini," katanya.

Domino's Pizza melancarkan varian Sos 'Top Secret' Pedas Memikat baharu iaitu Spicy Tuna Temptation, Spicy Vegie Fiesta, Spicy Classified Chicken dan Spicy Chicken Confidential.

"Domino's juga memperkenalkan Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings agar pelanggan dapat menikmati piza dengan sentuhan pedas dipesan untuk masa terhad," katanya.

Sos 'Top Secret' Pedas Memikat disisipkan dengan salutan cili pedas unik yang digabungkan dengan daun pasli kering dan bawang putih rangup, menyatukan perisa campuran.

Sos 'Top Secret' Pedas Memikat menawarkan pengalaman gastronomi penuh krim dan bawang putih, dengan perisa pedas sederhana.

Linda berkata, piza Domino's dilengkapi dengan sos rahsia akan menjadi alternatif dan memberi banyak pilihan daripada pesanan biasa.

"Yakinlah Spicy Fling dibuat khas dengan kombinasi sempurna perencah cili pedas dan perahan cili sesuai untuk setiap cita rasa.

"Ia sejajar janji kami 'It's All About You', dan terus berusaha memuaskan peminat dengan cita rasa konsisten dalam kualiti makanan dan pengalaman.

"Ini masa tepat untuk memanfaatkan kepercayaan peminat piza tempatan," katanya.

Beliau turut berharap pelanggan menikmati dalam masa terhad dan pastikan mencuba variasi piza, sos dan hidangan lain di Domino's Pizza.

Sebagai sebahagian daripada menu Domino's Everyday Value Buy 1 Free 2, pelanggan juga diberikan lebih banyak item percuma untuk dipilih dengan penghantaran Bebas Kontak percuma dalam jaminan masa 30 minit.

Hanya untuk masa terhad, piza Domino's Sos 'Top Secret' Pedas Memikat boleh didapati dalam saiz Personal, Sederhana, Besar dan Xtra Large dari kedai Domino's di seluruh negara.

Pelanggan boleh menambah Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings dengan harga RM10.90 and RM14.90 sahaja.