Trending
Selera

Biskut oat Myziff's Bakers snek sihat

Berat badan berlebihan adalah masalah global yang memberi kesan kepada hampir semua peringkat usia.

Ia juga menjadi punca kepada beberapa penyakit tidak berjangkit kronik (NCD) seperti kardiovaskular, gangguan muskuloskeletal seperti osteoartritis, sesetengah kanser seperti kanser payudara dan kolon serta diabetes mellitus.

Panduan Diet Malaysia 2020 menyarankan kesederhanaan yang merujuk kepada makan mengikut jumlah sajian betul adalah kunci kepada diet yang sihat.

Justeru, masyarakat disarankan untuk memilih makanan yang lebih sihat ketika  makan utama dan snek.

Pilihan makanan yang lebih sihat mengandungi kurang lemak, gula, natrium, lemak tepu, bebas daripada lemak trans dan lebih tinggi kandungan serat serta kaya dengan nutrien dan bijirin penuh.

Beberapa hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan snek boleh membantu dalam menguruskan selera dan kuantiti makanan yang dimakan.

Pengambilan snek yang tinggi serat boleh membantu seseorang berasa kenyang sepanjang hari dan membuat pilihan sihat serta tidak makan dengan banyak pada waktu makan seterusnya.

Menawarkan masyarakat pilihan snek lebih sihat, MyZiff's Bakers memperkenalkan biskut oat yang sesuai untuk gaya hidup sihat rakyat Malaysia.

Biskut oat MyZiff's Bakers tinggi kandungan serat, menggunakan 100 peratus bahan asli, tanpa bahan pengawet atau pewarna tiruan dan ramuan tanpa telur yang juga sesuai untuk vegetarian.

Menggunakan oat sebagai bahan utama pembuatan biskut ini, ia bukan sahaja kaya antioksidan dan baik untuk ibu menyusu, malah menjadi sumber karbohidrat dan serat yang baik, membantu meningkatkan rasa kenyang, menggalakkan kesihatan penghadaman  lebih baik dan membantu mengurangkan paras kolesterol serta gula dalam darah.

Oat juga menjadi sumber beta-glucan yang hebat dalam meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran penghadaman.

Dapatkan biskut oat MyZiff's Bakers hari ini untuk snek lebih sihat atau layari Instagram dan Facebook MyZiffs Bakers untuk maklumat lanjut.

Related Article