Trending
Bola

Syihan tuntut rakan 'hobin' Pahang

SEREMBAN: Memori tewas kepada Johor Darul Ta`zim (JDT) di laman sendiri bulan lalu sudah dilupakan Negeri Sembilan FC (NSFC) yang bertekad bangkit mencipta kemenangan apabila melayani kunjungan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super, malam esok.

Penjaga gol pasukan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed berkata, selepas misi mendapatkan tiga mata tidak kesampaian dalam tiga aksi sebelum ini, dia dan rakan sepasukan tidak rela berputih mata dan mahu memastikan kemenangan dicapai, dalam pertembungan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu.

Penjaga gol berusia 26 tahun ini berkata, selain kecundang kepada JDT, skuad Hobin Jang Hobin juga sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dalam dua perlawanan terdahulu iaitu menentang Kedah Darul Aman dan Melaka United.

"Justeru, kami bertekad untuk mempamerkan persembahan lebih baik dengan menjelma kemenangan dalam perlawanan menentang Sri Pahang malam esok.

"Saya pasti semua pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih akan bekerja keras memberikan persembahan terbaik untuk memastikan kemenangan dapat direalisasikan," katanya di sini hari ini.

Syihan Hazmi yang setakat ini beraksi dengan cemerlang, juga yakin dengan keupayaan jentera serangan dan tengah pasukan itu dan dengan kehadiran dua pemain import baharu iaitu Gustavo Almeida dan Yashir Pinto.

Menurut pemain kelahiran Kelantan itu, ketua jurulatih K Devan juga sudah memaklumkan semua pemain import dalam keadaan cergas dan boleh beraksi pada perlawanan menentang Sri Pahang.

Related Article