Trending
Bola

Padang kering sukarkan Liverpool

LIVERPOOL: Jurgen Klopp merungut lagi, kali ini mendakwa padang Fulham terlalu kering selepas Liverpool kendaliannya seri 2-2 di gelanggang itu.

Mohamed Salah memastikan satu mata buat Liverpool dengan menjaringkan gol pada aksi pembukaan buat musim keenam berturut-turut.

Klopp yang sebelum ini mempersoalkan jadual padat kejohanan, kali ini menyalahkan permukaan padang di Craven Cottage sebagai punca kegagalan pasukannya memungut tiga mata.

"Keputusannya bukan satu kekalahan, tetapi persembahannya satu kekalahan. Saya anggap Fulham beraksi dengan baik.

"Tetapi ada ketika di mana kami tidak beraksi seperti sepatutnya. Kami gagal mendapatkan rentak dalam perlawanan ini.

"Kami biasanya menguasai permainan tetapi kami tidak bermain dengan cukup pantas.

"Sikap kami tidak betul sejak awal permainan, dan kemudian kami cuba bangkit, tetapi ia bukan perkara mudah. Padang kering dan perkara seumpamanya.

"Kami bermain dengan teruk dan mendapat satu mata. Ia menjadi tanggungjawab saya untuk mencari punca mengapa kami bermain dengan baik pada perlawanan sebelumnya, tetapi beraksi sebaliknya tujuh hari kemudian. Ia tidak masuk akal," kata Klopp. - AGENSI

Related Article