Trending
Bola

Selangor atasi Sabah 1-0

KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR: Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super apabila menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Ayron Del Valle muncul wira apabila berjaya menyudahkan umpanan Richmond Boakye pada minit ke-23, sekali gus menyumbang tiga mata penting buat Gergasi Merah.

Meskipun aksi lebih menarik dipamerkan pada babak kedua, tiada tambahan jaringan berjaya dilakukan kedua-dua pasukan.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor kini mengumpul 40 mata, 11 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berjaya menjarakkan kedudukan enam mata dari Kedah Darul Aman (KDA) dan Sri Pahang yang menghuni tangga ketiga dan keempat.

Sementara itu, Sabah yang mengalami kekalahan kelima dalam saingan liga musim ini berada di kedudukan kelima dengan mengumpul 33 mata.