Trending
Fesyen

Pesta berlian tampil koleksi memukau

KUALA LUMPUR: Bagi memperingati dan meraikan keindahan berlian, Habib Jewels (Habib) mengadakan Pesta Berlian Habib 2022, di seluruh bilik pameran sehingga 31 Mac ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Meer Habib, berkata Pesta Berlian itu adalah platform pihaknya berkongsi kepakaran dan pengetahuan mengenai keistimewaan berlian.

Katanya, sudah menjadi sebahagian tradisi Habib memberikan pendedahan kepada seluruh lapisan masyarakat supaya lebih memahami nilai intrinsik pada batu berharga itu.

"Melihatkan pelanggan semakin peka nilai barangan kemas berlian membuatkan kami lebih teruja berkongsi lebih banyak maklumat berkaitannya," katanya.

Terdahulu, pelbagai koleksi diperagakan ketika pelancaran Pesta Berlian di bilik pameran Habib terbesarnya, di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Sepanjang Pesta Berlian diharap dapat membantu peminat barang kemas mendapatkan rekaan dan nilai berlian terbaik.

Selain itu katanya, pihaknya mahu seluruh rakyat Malaysia mengingati dan menghargai berlian sebagai batu kelahiran pada April.

Pelbagai koleksi barangan kemas, pilihan rona emas putih, emas kuning dan emas ros.

"Rekaan penuh teliti dan mempunyai hasil kerja halus oleh pereka barangan kemas berpengalaman menjanjikan keselesaan pemakaian.

Koleksi rantai tangan berlian dikenali, rantai tangan berlian 'Tennis bracelet' menjadi kegemaran ramai kerana berkonsepkan minimalis, boleh diubah suai dengan berlian bersijil sepenuhnya.

"Bersempena dengan pesta ini kami mempamerkan koleksi barangan kemas antik bertatahkan batu intan.

"Intan dikenali sebagai 'rose-cut diamonds' adalah berlian potongan leper dipotong seawal tahun 1,900 sebelum terdapatnya mesin potongan berlian yang berteknologi tinggi.

"Intan mempunyai kilauan yang unik dan indah. Koleksi barangan kemas intan terdiri daripada kerongsang, loket, rantai pendek, anting-anting dan rantai tangan," katanya.

Related Article