Sabtu, 15 Julai 2017 | 5:44pm
Tempat mayat bayi dalam plastik sampah ditemui. - Foto Ihsan pembaca

Mayat bayi dalam plastik sampah


Mayat bayi dalam plastik sampah yang ditemui di Flat Seroja, Taman Puchong Indah. - Foto Ihsan pembaca

SUBANG JAYA: Mayat seorang bayi perempuan ditemui dibungkus dalam beg plastik sampah dan ditinggalkan di sebuah blok di Flat Seroja, Taman Puchong Indah di sini, semalam.

Mayat bayi malang itu ditemui kira-kira jam 12 tengahari oleh seorang lelaki yang kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata lelaki berkenaan menemui beg plastik hitam di bawah Blok B flat itu dan mendapati ada mayat bayi di dalamnya.

"Sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bukit Puchong yang menerima laporan kejadian bergegas ke lokasi dan pemeriksaan lanjut mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

"Siasatan diteruskan bagi mengesan siapa pelaku yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu," katanya.

Berita Harian X