Isnin, 17 Julai 2017 | 3:32pm
MAYAT bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui berhampiran Klinik Kesihatan Bukit Sagu, Kuantan, petang semalam. - Foto Ihsan Pembaca

Ditahan sembunyikan kelahiran bayi

KUANTAN: Sepasang kekasih ditahan selepas dipercayai menyembunyikan kelahiran bayi lelaki yang ditemui mati di longkang Klinik Kesihatan Bukit Sagu dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata suspek lelaki berusia 27 tahun bekerja di sebuah syarikat badan berkanun manakala pasangannya berusia 20 tahun adalah penuntut sebuah institut pengajian tinggi.

Katanya, maklumat penemuan mayat bayi lelaki dibalut surat khabar di longkang Klinik Kesihatan Bukit Sagu diterima selepas dibawa oleh dua perempuan masing-masing berusia 20 tahun ke Balai Polis Bukit Goh kira-kira jam 4 petang semalam.

"Siasatan mendapati seorang daripadanya mendakwa ibu bayi lelaki itu dan maklumatnya membawa kepada penahanan teman lelakinya di FELDA Bukit Sagu.

"Kedua-duanya direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya.

1846 dibaca
Berita Harian X