Selasa, 25 Julai 2017 | 2:47pm
Suspek berusia 43 tahun yang dipercayai berniat mencuri kabel dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat Lawas selepas tersepit pada tiang elektrik di Loji Air Lama Trusan, Lawas - Gambar ihsan polis
Suspek berusia 43 tahun yang dipercayai berniat mencuri kabel dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat Lawas selepas tersepit pada tiang elektrik di Loji Air Lama Trusan, Lawas - Gambar ihsan polis

Padah mencuri, kaki tersangkut pada wayar

LAWAS: Cubaan lelaki mencuri wayar kabel elektrik memakan diri, apabila dia tersangkut pada kabel elektrik di ketinggian lapan meter di Loji Air Lama Trusan, malam tadi.

Mangsa, 43, berasal dari Kampung Lintang terpaksa diselamatkan dan dibawa turun menggunakan tangga oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Lawas, sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Keadaan mangsa yang tersepit pada tiang elektrik dipercayai berniat mencuri kabel dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat Lawas di Loji Air Lama Trusan, Lawas - Gambar ihsan polis
Keadaan mangsa yang tersepit pada tiang elektrik dipercayai berniat mencuri kabel dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat Lawas di Loji Air Lama Trusan, Lawas - Gambar ihsan polis

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata suspek disyaki cuba memotong wayar kabel itu menggunakan parang, sebelum kakinya tersangkut dan melekat pada wayar berkenaan pada jam 10.50 malam.

"Suspek gagal turun dan terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di situ.

"Polis turut merampas sebilah parang, kasut hitam dan baju tertera tulisan hotlink, milik suspek " katanya hari ini.

Beliau berkata, suspek dirujuk ke Hospital Lawas untuk merawat kecederaan kaki akibat tersepit pada wayar kebal yang cuba dipotongnya.

Berita Harian X