Ahad, 13 Ogos 2017 | 10:16am
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Miri, Sarawak mengikat buaya seberat 300 kilogram yang ditangkap di Kampung Labau Sibuti.

Penduduk lega 'sang bedal' 300 kg ditangkap

MIRI: Lebih 300 penduduk di Kampung Labau Sibuti lega apabila seekor buaya seberat 300 kilogram berukuran kira-kira lima meter di sebatang sungai berdekatan kampung itu berjaya ditangkap.

Sebelum ini, penduduk mendakwa haiwan itu membunuh dan membahan banyak ternakan penduduk dan dikhuatiri boleh membahayakan manusia.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Miri, Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, buaya itu ditangkap anggota Sarawak Forestry Corporation (SFC) di kawasan anak sungai berhampiran ladang kelapa sawit penduduk jam 1.12 petang Jumaat.

"Selepas ditangkap buaya berkenaan dipindahkan anggota APM menggunakan lori untuk ditempatkan di ladang buaya dekat Kuala Baram," katanya hari ini.

Beliau berkata, proses pemindahan buaya berkenaan hanya selesai jam 7 malam tadi kerana jarak kampung itu agak jauh dari Miri.

Katanya, seramai tiga anggota terbabit dalam operasi itu dan sebuah lori tiga tan digunakan bagi memindahkan buaya itu.

Berita Harian X