Isnin, 14 Ogos 2017 | 7:16pm
ORANG ramai melihat tempat kejadian kemalangan membabitkan Muhamad Alif Farhan (gambar kecil) yang maut apabila motosikal ditungangnya berlanggar dengtan sebuah kereta di Jalan Titi Karangan,semalam. - Foto Ihsan Info Cegah Jenayah

Pelajar maut, motosikal bertembung

KULIM: Seorang pelajar Tingkatan Dua maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Karangan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Muhamad Alif Farhan Shahzuwan, 14, yang menunggang motosikal, maut di lokasi kejadian, manakala pemandu lelaki kereta jenis Perodua Viva berusia 34 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, berkata mangsa dari arah Sungai Karangan menghala ke Merbau Pulas dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan.

"Motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kereta dan tercampak ke atas jalan. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Berita Harian X