Ahad, 20 Ogos 2017 | 8:35pm
KENDERAAN yang terbabit kemalangan di Kilometer 24, Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Geddes. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap

MANGSA yang terbabit kemalangan di Kilometer 24, Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Geddes. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap

Wanita maut, 9 cedera, kemalangan 4 kenderaan

BANDAR SERI JEMPOL: Seorang wanita maut, manakala sembilan yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 24, Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Geddes di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu menyebabkan Nordiana Nordin, 37, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala suaminya pemandu pacuan empat roda Nissan Navara berusia 30-an, cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan, berkata siasatan awal pihaknya mendapati sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton dari arah Keratong, dipercayai merempuh kenderaan mangsa dari arah belakang.

Katanya, kenderaan dinaiki mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh dua lagi kereta di laluan sama.

"Lapan yang lain iaitu pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan cedera ringan dalam kejadian itu," katanya di sini, hari ini.

Azham Shah berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk tindakan selanjutnya, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X