Selasa, 29 Ogos 2017 | 12:50pm
PDRM logo

Lemas di laut

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut berhampiran pusat bebas cukai di Stulang Laut, di sini, tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah (I) Johor Bahru Selatan, Rupeah Abdul Wahid, berkata wanita berusia 40-an itu ditemui terapung kira-kira jam 12 tengah malam selepas menerima maklumat orang awam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

"Siasatan awal polis mendapati tiada perlakuan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, siasatan kes masih dijalankan.

Berita Harian X