Khamis, 14 September 2017 | 9:36am

Terjun tingkat 2 selamatkan diri

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 pelajar yang terselamat dalam kebakaran pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Dato Keramat pagi tadi, terjun dari tingkat dua bangunan sebaik menyedari kejadian.

Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu turut mengorbankan lebih 20 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dan sekurang-kurangnya dua guru.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz tiga tingkat itu, dipercayai tempat pelajar serta guru tidur.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan saling bertindih berhampiran pintu.

Ketika ini, mayat semua mangsa dilaporkan masih berada di lokasi kejadian.

50068 dibaca
SEBAHAGIAN ahli keluarga yang berada di kawasan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Keramat, Kuala Lumpur. - Foto Mohd Yusni Ariffin
SEBAHAGIAN ahli keluarga yang berada di kawasan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Keramat, Kuala Lumpur. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Berita Harian X