Khamis, 14 September 2017 | 10:57am
TRAGEDI Pondok Pak Ya yang meragut 27 nyawa pada tahun 1987.
PAPARAN muka 10 akhbar BH yang memaparkan isu berkaitan keselamatan sekolah tahfiz.

Tragedi berulang 

 


KEBAKARAN terbaru yang melibatkan pusat tahfiz di Jalan keramat Ujung.

KUALA LUMPUR: Kebakaran yang meragut lebih 20 nyawa pelajar dan tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi ibarat mengulangi tragedi yang pernah berlaku hampir tiga dekad lalu di Padang Lumat, Yan, Kedah.

Dalam tragedi 22 September 1989 itu, seramai 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau dikenali Pondok Pak Ya terkorban selepas asrama menempatkan pelajar terbabit terbakar.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu dipercayai berpunca daripada lilin di ruang bilik asrama yang terjatuh sehingga mengakibatkan berlakunya kebakaran.

Akibat kebakaran itu sebanyak lapan blok asrama yang dibina daripada papan musnah dijilat api.

Susulan kejadian itu, semua 27 mangsa yang terkorban dikebumikan di satu perkuburan khas berhampiran lokasi kejadian.

Kebakaran maahad tahfiz dan sekolah pondok

      

4 Mac 2016

  • Dua bangunan menempatkan sebuah pusat tahfiz musnah dalam kebakaran di Kampung Seri Pandan, Petagas, Penampang, Sabah.

14 Februari 2016

  • Dua blok bangunan asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) As-Siddiqiah, Padang Kerasah, Kuala Nerang, Kedah musnah dalam kebakaran dengan nilai kerugian dianggar mencecah RM1 juta.

18 Januari 2016

  • Sebuah asrama sekolah pondok Madrasah Tahfiz Al-Redzuan di Kampung Dato Haji Ahmad Rozali, Dengkil, Sepang, musnah dalam kebakaran.

8 Ogos 2015

  • Seramai 25 pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah di Tanjung Karang, Selangor tinggal sehelai sepinggang selepas bangunan dua tingkat menempatkan asrama dan sekolah terbakar, dipercayai akibat litar pintas.

15 Jun 2013

  • Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Baraqah di Tikam Batu, Sungai Petani rentung selepas terperangkap dalam kebakaran asrama maahad berkenaan.

22 September 1989

  • Seramai 27 pelajar terbunuh selepas Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau 'Pondok Pak Ya' di Guar Chempedak, Kedah terbakar.
85424 dibaca
Berita Harian X