Khamis, 14 September 2017 | 12:25pm
ANGGOTA bomba ketika sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Mangsa menjerit meminta tolong

KUALA LUMPUR: "Saya mendengar jeritan dan tangisan mereka, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana api terlalu marak," kata Nurhayati Abdul Halim, saksi kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menyebabkan 24 orang maut pagi tadi.

 

Nurhayati yang tinggal berhadapan pusat tahfiz itu berkata, dia terdengar jeritan dan tangisan mangsa kira-kira jam 5 pagi sebelum mengarahkan menantunya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

 

"Saya melihat tangan mereka melambai-lambai dari jeriji tingkap, menjerit dan menangis meminta tolong. Menantu saya bergegas ke dalam bangunan terbakar berkenaan, namun tidak mampu berbuat apa-apa.

 

"Selepas 20 minit, jeritan dan tangisan mereka semakin perlahan dan hilang. Semua pelajar tahfiz terbabit ibarat anak saya sendiri kerana melihat mereka setiap hari," katanya.

 

Katanya, beberapa pelajar yang diselamatkan, ditempatkan di rumahnya sebelum ambulans membawa mereka ke hospital untuk rawatan susulan. - NST

16930 dibaca
Berita Harian X