Isnin, 25 September 2017 | 8:14am

Lori, treler depan kilang musnah terbakar

SHAH ALAM: Tujuh lori 10 tan dan dua treler musnah dalam satu kebakaran di sebuah kilang kotak, di Jalan Bukit Kemuning, Bukit Kemuning, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran kira-kira jam 12.50 tengah malam itu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, berkata jentera pertama tiba pada jam 1.07 pagi dan mendapati ada beberapa lori sedang terbakar di kawasan terbuka di luar pagar kilang kotak itu.

"Ketika jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tiba, api sedang marak.

"Maklumat awal mendapati lori berkenaan yang berdinding kanvas serta treler penuh berisi kotak.

"Api berjaya dikawal pada jam 2.33 dan padam sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi," katanya.

Alimaddia berkata, punca dan jumlah kerugian sedang disiasat.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang memusnahkan tujuh lori dan dua treler di Bukit Kemuning awal pagi tadi. - Foto Bomba

Berita Harian X