Isnin, 25 September 2017 | 2:32pm
SALAH seorang dari empat saspek dibawa masuk oleh Anggota Cawangan Khas Anti Terrorism Bukit Aman ke Mahkamah Kajang atas kesalahan-kesalahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan elemen kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG) dan cubaan melancarkan serangan semasa penutupan Sukan Sea 2017 serta malam Ambang Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil. - Foto Supian Ahmad

4 dalang serang penutup KL2017 didakwa

KAJANG: Empat daripada 19 suspek dalam cubaan melakukan serangan ketika upacara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Empat tertuduh yang juga buruh binaan itu didakwa atas tuduhan menjadi ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas terbabit.

Mahkamah bagaimanapun tidak merekod sebarang pengakuan daripada mereka sebaik pertuduhan selesai dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Surita Budin.

Mengikut kertas pertuduhan, perancang utama kumpulan pengganas itu, Hajar Abdul Mubin, 25, didakwa sebagai ahli pengganas Abu Sayyaf di ZA 2-14 Lorong Pangsa Baiduri 2, Taman Desa Baiduri, Cheras, di antara tahun 2010 dan 30 Ogos 2017.

Perbuatan itu didakwa mengikut seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574),yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Tiga lagi tertuduh iaitu Ahmad Omar, 52; Jaffar Ahmad, 26 dan rakyat Filipina, Abdul Syamir Dabilin, 25, didakwa dengan sengaja menyembunyikan maklumat di MAG-03- Persiaran Pangsa Baiduri, Taman Desa Baiduri, Cheras, di antara 2008 hingga 30 Ogos 2017.

Bagi kesalahan itu, dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria kepada semua tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Oktober bagi sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sebelum ini, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan rancangan kumpulan pengganas di negara ini, dipercayai penyokong Daesh, yang cuba melakukan serangan pada upacara penutup KL2017 dan perbarisan Hari Hari Kebangsaan Ke-60 di Dataran Merdeka.

Rancangan ganas itu dapat dibendung dengan penangkapan 19 lelaki terdiri daripada lapan rakyat tempatan dan 11 warga asing dalam operasi pada 4 Julai hingga 30 Ogos lalu membabitkan enam siri tangkapan.

1696 dibaca
Berita Harian X