Selasa, 26 September 2017 | 1:08pm
REMAJA yang memecah masuk kediaman di Taman Desa Senadin, Miri berjaya diberkas polis. - Foto ihsan polis.
REMAJA yang memecah masuk kediaman di Taman Desa Senadin, Miri berjaya diberkas polis. - Foto ihsan polis.

Dua remaja viral diberkas polis

MIRI: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua remaja memanjat pagar memecah masuk sebuah rumah di Taman Desa Senadin yang viral di laman sosial akhirnya menjurus kepada tertangkapnya kedua-dua suspek di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritanden Stanley Jonathan Ringgit, berkata suspek berusia 19 dan 24 tahun diberkas polis di kediaman mereka di Tudan Desaras jam 3 petang.

Beliau berkata, polis turut merampas semula seunit televisyen yang dilarikan suspek daripada kediaman di Taman Desa Senadin yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya seminggu lalu.

"Rakaman CCTV menunjukkan dua suspek memanjat pagar rumah dan memecah masuk serta membawa lari satu set televisyen 42 inci viral dalam Facebook.

"Berikutan itu, polis berjaya memberkas suspek dan menjumpai semula barang yang dicuri remaja berkenaan," katanya hari ini.

Stanley berkata, kedua-dua suspek akan direman petang ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X