Sabtu, 30 September 2017 | 12:57am
MANGSA banjir dipindahkan ke Sekolah Agama Pantai Besar. - Foto Nor Raidah Awang

Banjir kilat di Kampung Pantai Besar

BATU KURAU: Seramai 133 penduduk dari Kampung Pantai Besar, di sini dipindahkan ke dua pusat pemindahan berikutan banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti sejak petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Selama, Azman Amat, berkata dua pusat pemindahan yang dibuka adalah Sekolah Agama Rakyat Pantai Besar Ijok, yang menempatkan 66 mangsa dan 67 mangsa di Sekolah Kebangsaan Pantai Besar.

Katanya, pemindahan penduduk dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penduduk kampung.

Sementara itu, tinjauan di Kampung Pantai Besar mendapati kebanyakan penduduk tidak sempat memindahkan barangan di dalam rumah, termasuk perabot disebabkan air naik dengan cepat.

Berita Harian X