Sabtu, 14 Oktober 2017 | 4:33pm
Lokasi pesawat ringan jenis GT500 MicroLite yang terhempas menyebabkan seorang juruterbang maut manakala seorang pembantu juruterbang cedera selepas pesawat ringan jenis GT500 MicroLite dipandu terhempas di Sungai Mati dekat Sungai Rambai. - Foto Jamah Nasri

Pesawat ringan GT 500 terhempas di Johor

ISKANDAR PUTERI: Polis mengesahkan pesawat ringan GT 500 terhempas dalam daerah Ledang, Johor di kawasan yang bersempadan Melaka.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supritendan Mohad Idris Samsuri, berkata pihaknya mendapat pengesahan kira-kira jam 2 petang tadi, nahas berlaku dalam kawasan bandar Tangkak.

Katanya, nahas yang dilaporkan jam 10.30 pagi, mengorbankan juruterbang Yen Yoon Fah, 53, manakala jurulatih penerbangan Shahrul Shafiri, 35, cedera.

Juruterbang Yen Yoon Fah, 54, maut selepas tersangkut di tempat duduk pesawat yang dalam keadaan terbalik di dasar sungai selepas pesawat ringan jenis GT500 MicroLite dipandu terhempas di Sungai Mati dekat Sungai Rambai. - Foto Jamah Nasri

MELAKA 14 OKTOBER 2017. Anggota bomba dan penyelamat mengusung mangsa yang maut selepas pesawat ringan jenis GT500 MicroLite dipandu terhempas di Sungai Mati dekat Sungai Rambai. - Foto Jamah Nasri
MELAKA 14 OKTOBER 2017. Anggota bomba dan penyelamat mengusung mangsa yang maut selepas pesawat ringan jenis GT500 MicroLite dipandu terhempas di Sungai Mati dekat Sungai Rambai. - Foto Jamah Nasri

Beliau berkata, mayat juruterbang dibawa ke Hospital Tangkak manakala mangsa cedera dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.

"Seramai 20 anggota dari Tangkak dan Jasin berada di lokasi bagi kerja-kerja menyelamat, buat masa ini pesawat masih belum ditemui yang dipercayai terjunam dalam paya," katanya ditemui media di Ekspo Johor Berkemajuan, di sini, hari ini.

Mohad Idris berkata, pihak difahamkan bahawa nahas berlaku ketika pesawat terbabit sedang melakukan ujian untuk mendapatkan permit penerbangan Jabatan Penerbangan Awam dan terhempas ketika berlepas kira-kira 200 meter dari hujung landasan Aerodrome, Sungai Rambai.

Berita Harian X