Ahad, 22 Oktober 2017 | 5:37pm
LOKASI tragedi runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
KERJA-KERJA mencari mangsa yang terperangkap dalam tragedi runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown. - Foto Ramdzan Masiam
KERJA-KERJA mencari mangsa yang terperangkap dalam tragedi runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown. - Foto Ramdzan Masiam

Komited cari semua mangsa

GEORGETOWN: Pasukan penyelamat komited mencari semua mangsa yang terperangkap dalam tragedi runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Edwin Galan Teruki, berkata pihaknya mengambil pendekatan mencari baki tiga mangsa yang hilang di kawasan tumpuan.


UNIT Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mencari mangsa yang terperangkap dalam tragedi runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown. - Foto Danial Saad

"Sekarang kita hanya memberi fokus kepada satu tempat untuk mencari mangsa yang masih terperangkap.

"Syukur kerana strategi yang kita gunakan sejak pagi tadi menjadi. Hari ini kita menemui dua mayat di lokasi sama," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Edwin mengesahkan pihaknya menemui mayat kelapan pada jam 3.27 petang tadi dan proses mengeluarkan mangsa masih dijalankan, berikutan keadaan mayat yang dihempap besi cerucuk.

Katanya, mayat kelapan ditemui berdekatan dengan mangsa ketujuh dan proses mengeluarkan mayat dijangka mengambil masa tiga jam.


KERJA-KERJA mencari mangsa yang terperangkap dalam tragedi runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown. - Foto Ramdzan Masiam

Berita Harian X