Isnin, 23 Oktober 2017 | 4:24pm
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari penyelia ladang yang dipercayai disambar buaya di Sungai Long Patau, Felda Sahabat 26, Lahad Datu. - Foto ihsan pembaca

Penyelia ladang dikhuatiri disambar buaya

LAHAD DATU: Seorang penyelia ladang dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika mencari ketam di Sungai Long Patau, FELDA Sahabat 26, petang semalam.

Mangsa, Muhammad Isnain Safri, 30-an, dan anak saudaranya dikatakan keluar ke kawasan sungai berkenaan kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, ketika mangsa hendak mengutip semula perangkap ketam di tebing sungai terbabit pada kira-kira jam 6 petang, dia diserang seekor buaya sebelum ditarik ke dalam sungai.

Anak saudara mangsa yang berada ditempat kejadian cuba mendapatkan pertolongan daripada pemancing lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian dan pemancing itu menghubungi bomba.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu ketika mengesahkan menerima laporan mengenai itu.

"Operasi mencari mangsa kini giat dijalankan menggunakan bot dan kami juga mendapat bantuan penduduk setempat," katanya.

972 dibaca
Berita Harian X