Sabtu, 28 Oktober 2017 | 9:29am

9 maut nahas van, lori

TAPAH: Sembilan maut manakala seorang dilaporkan parah dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori ais di Jalan Air Kuning-Mambang Di Awan, dekat sini, pagi tadi.

Difahamkan, mereka yang maut adalah pekerja ladang iaitu lapan wanita dan seorang lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun, manakala mangsa yang cedera ialah pemandu lori ais.

Seorang daripada mangsa yang maut dilaporkan tercampak keluar dari van berkenaan.

Bagaimanapun, identiti mangsa belum diperoleh.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 7 pagi.

Berdasarkan maklumat, katanya, van berkenaan membawa pekerja ke sebuah ladang di Mambang Di Awan.

"Lori membawa ais dari arah Kampar menghala Air Kuning dikatakan memasuki laluan van, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.

"Kejadian menyebabkan semua yang berada dalam van iaitu seorang lelaki dan lapan wanita maut manakala pemandu lori ais parah dengan kakinya patah akibat tersepit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nahas membabitkan van dan lori ais dekat Mambang Di Awan, Tapah yang mengorbankan sembilan nyawa. - Foto L Manimaran

Katanya, semua mayat sudah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 6.42 pagi.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu BBP Kampar digerakkan ke lokasi kejadian.

"Anggota yang tiba di lokasi mendapati seorang lelaki berusia 20-an tersepit dan parah di van membawa muatan ais.

"Pemandu dan tujuh penumpang van jenis Nissan Vannette turut tersepit manakala seorang penumpang tercampak keluar.

"Pemandu dan semua penumpang van disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan lokasi," katanya.

Beliau berkata, anggota membantu mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dan operasi tamat pada jam 8.45 pagi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X