Sabtu, 28 Oktober 2017 | 12:05pm
PEMANDU van, Lew San Jau maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah van dan lori ais di Jalan Air Kuning-Mambang Di Awan, awal pagi tadi. - Foto L Manimaran

Nahas Tapah: 2 mangsa dikenal pasti

TAPAH: Identiti dua daripada sembilan mangsa yang maut dalam kemalangan van dan lori ais di Kilometer 45, Jalan Ipoh-Teluk Intan, dekat sini, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, berkata mangsa ialah pemandu van, Lew San Jau, 33, dan penumpang, Lai Kwan Lai, 77.

"Kedua-duanya cedera parah di kepala," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tapah di sini, hari ini,

Beliau berkata, pemandu lori ais yang cedera dikenal pasti sebagai Mohd Eizat Hani, 22.

Katanya, mangsa yang patah kaki dan cedera di bahagian dalaman kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Berita Harian X