Ahad, 29 Oktober 2017 | 2:59pm
KEADAAN motosikal yang bertembung dengan sebuah ambulans mengakibatkan seorang kanak-kanak yang juga penunggang motosikal maut di tempat kejadian di Jalan Kampung Senduk Tengah, Taiping. - Foto Ihsan Bomba
KEADAAN motosikal yang bertembung dengan sebuah ambulans mengakibatkan seorang kanak-kanak yang juga penunggang motosikal maut di tempat kejadian di Jalan Kampung Senduk Tengah, Taiping. - Foto Ihsan Bomba
KEMALANGAN membabitkan sebuah ambulans bertembung dengan motosikal yang mengakibatkan seorang kanak-kanak yang juga penunggang motosikal maut di tempat kejadian di Jalan Kampung Senduk Tengah, Taiping. - Foto Ihsan Bomba
KEMALANGAN membabitkan sebuah ambulans bertembung dengan motosikal yang mengakibatkan seorang kanak-kanak yang juga penunggang motosikal maut di tempat kejadian di Jalan Kampung Senduk Tengah, Taiping. - Foto Ihsan Bomba

Kanak-kanak maut motosikal bertembung ambulans

TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala kakaknya parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah ambulans di Jalan Kampung Senduk Tengah, Changkat Jering, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa Ahmad Hazim Ahmad Nazir, 11, yang juga pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Anira Husna, 12, yang juga penunggang, parah.

Difahamkan, kejadian itu turut mengakibatkan pemandu serta jururawat yang berada dalam ambulans berkenaan cedera apabila kenderaan itu melanggar tiang elektrik berdekatan selepas bertembung dengan motosikal terbabit.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata siasatan awal mendapati ambulans berkenaan dari Klinik Kesihatan Changkat Jering menghala ke Kampung Senduk untuk mengambil pesakit.

Katanya, motosikal dinaiki kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai secara tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri hala ke Changkat Ibol menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.

"Kedua-dua kanak-kanak itu tidak memakai topi keledar dan dipercayai menaiki motosikal itu untuk ke kedai berdekatan jalan besar iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan parah di beberapa bahagian badan akibat kemalangan," katanya.

Harrith Kam berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengetahui punca

sebenar kemalangan itu berlaku.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Pegawai Bomba Kanan 2, Izuan Che Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.11 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati mangsa yang juga seorang kanak-kanak sudah meninggal dunia dipercayai terperosok di bawah ambulans dan berjaya dikeluarkan orang awam.

Berita Harian X