Ahad, 29 Oktober 2017 | 10:15pm
JENAZAH Ramli Abdul Majid yang ditemui sekumpulan pendaki di Gunung Damavand selepas dilaporkan hilang lebih setahun lalu. Ihsan Persatuan Bulan Sabit Merah Iran.

Jenazah Ramli akan dibawa pulang

KUALA LUMPUR: Jenazah Ramli Abdul Majid akan dibawa pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat untuk dikebumikan di Puchong, Selangor.

Pendaki, Khafiz Bachok, yang sebelum ini mengetuai mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ramli, berkata urusan membawa pulang jenazah akan diuruskan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dengan kerjasama PROTON.

Ketika hilang di kawasan Gunung Damavand, pada 20 November 2016, Ramli adalah Ketua Jurutera Sistem PROTON.

"Sekarang jenazah berada di hospital di bandar Amol, dan akan dipindahkan ke Tehran.

JENAZAH Ramli Abdul Majid yang ditemui sekumpulan pendaki di Gunung Damavand selepas dilaporkan hilang lebih setahun lalu. Ihsan Persatuan Bulan Sabit Merah Iran.

"Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan mayat yang ditemui oleh pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand, Iran pada petang Jumaat lalu adalah jasad Ramli, pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang sejak 20 November 2016.

Khafiz berkata, pengesahan itu menamatkan tanda tanya mengenai status Ramli.

"Walaupun saya dan rakan pendaki sedih dengan berita ini, kami memanjatkan kesyukuran kerana akhirnya jasad Ramli ditemui," katanya.

Berita Harian X