Selasa, 14 November 2017 | 10:15am
ARUS deras air sungai menyebabkan jambatan Kampung Kerinting tenggelam.
ARUS deras air sungai menyebabkan jambatan Kampung Kerinting tenggelam.

Jambatan Kampung Kerinting tenggelam

GUA MUSANG: Jambatan Kampung Kerinting, di sini tenggelam selepas hujan lebat lebih lima jam sejak malam tadi.

Berikutan itu, jambatan yang menghubungkan kampung terbabit dengan bandar Gua Musang ditutup kepada semua kenderaan sejak, 5 pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Gua Musang, Mohd Yusalni Yusof, berkata pihaknya melakukan pemantauan bagi menjaga keselamatan pengguna berikutan keadaan air Sungai Galas juga berada pada paras amaran.

"Kita sentiasa memberi perhatian dan kini keadaan cuaca semakin baik mempercepatkan air sungai berkenaan surut," katanya.

Seorang pengguna, Harun Majid, 54, berkata, beliau menyedari jambatan Kampung Kerinting itu tenggelam pada jam 5 pagi tadi.

Katanya, dia yang datang dari arah Kampung Kerinting terpaksa berpatah balik melalui Jalan Bandar Baru untuk ke Gua Musang.

Beliau berkata, kebiasaannya jambatan itu akan tenggelam apabila hujan lebat dan akan surut semula dalam tempoh beberapa jam selepas hujan berhenti.

1163 dibaca
Berita Harian X