Ahad, 26 November 2017 | 10:50am
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Bubul, Semporna, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba

KEMALANGAN kira-kira jam 3.15 pagi tadi. - Foto ihsan bomba

KEMALANGAN di Jalan Bubul, Semporna, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
KEMALANGAN di Jalan Bubul, Semporna, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Bubul, Semporna, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Bubul, Semporna, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba membantu mangsa kemalangan. - Foto ihsan bomba

ANTARA mangsa yang terselamat dalam kemalangan di Jalan Bubul, Semporna, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba

ANGGOTA bomba membantu mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Bubul, Semporna, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba

Pemandu maut pacuan empat roda terbalik

SEMPORNA: Seorang lelaki maut manakala enam lagi cedera selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik hilang di Jalan Kampung Bubul dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, pemandu Nissan Navara, Syahrudin Syaripudin, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala enam lelaki dalam kenderaan itu cedera ringan.

Difahamkan, ketika kejadian pemandu kenderaan terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum ia terbabas ke bahu jalan lalu terbalik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan, berkata seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS ) sebaik menerima panggilan pada jam 3.20 pagi.

"Setibanya di lokasi, bomba mengeluarkan semua mangsa dalam kenderaan terbabit.

"Bagaimanapun pihak bomba terpaksa memotong bahagian pintu hadapan kenderaan tersebut bagi mengeluarkan pemandu sebelum mangsa disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Fazizul berkata, mayat dan semua mangsa yang cedera berumur antara 20 hingga 37 tahun itu dihantar ke Hospital Daerah Semporna untuk rawatan dan tindakan lanjut.

Berita Harian X