ROMPIN: Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 102.8, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah, di sini, petang tadi.
Kemalangan membabitkan dua motosikal, sebuah lori dan sebuah kenderaan lain berlaku kira-kira jam 6 petang.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor, berkata setakat ini pihaknya berusaha mengenal pasti identiti semua mangsa.
"Punca sebenar kejadian masih disiasat, namun, berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu berlaku ketika hujan berdasarkan keadaan jalan yang basah," katanya ketika dihubungi di sini.
Azly berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.