X
Selasa, 5 Disember 2017 | 2:57pm
PEMANDU lori maut apabila lori dipandunya bertembung dengan sebuah sebuah treler di Kilometer 352.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Bidor.
PEMANDU lori maut apabila lori dipandunya bertembung dengan sebuah sebuah treler di Kilometer 352.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Bidor.
KEADAAN kenderaan berat yang terbabit dengan kemalangan maut di Bidor awal pagi hari ini. - Foto Ihsan pembaca
KEADAAN kenderaan berat yang terbabit dengan kemalangan maut di Bidor awal pagi hari ini. - Foto Ihsan pembaca

Pemandu lori maut, langgar treler

TAPAH: Seorang pemandu lori maut apabila lori dipandunya bertembung dengan sebuah sebuah treler di Kilometer 352.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Bidor, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, M Krishnan, 65, yang cedera parah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu treler, cedera.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, berkata siasatan awal mendapati lori itu dipercayai gagal memotong treleryang berada di lorong kiri menyebabkan kedua-dua kenderaan berlanggar.

"Kedua-dua kenderaan itu kemudiannya terbabas dan memasuki gaung kecil di bahagian kiri jalan.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat, manakala pemandu treler yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan," katanya.

Som Sak berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X