Rabu, 6 Disember 2017 | 7:09am
Sebanyak empat medan selera berhadapan Kompleks Haji Ismail Group di Kuah, Langkawi terbakar malam tadi. - Foto ihsan Bomba

4 medan selera di Langkawi terbakar

[email protected]

LANGKAWI: Empat medan selera di hadapan Kompleks Haji Ismail Group, Kuah, Langkawi musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu 8.38 malam dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

Beliau berkata, anggota dari BBP Putra turut membantu memadamkan kebakaran. 

"Sebaik tiba kita mendapati api sedang marak sebelum usaha memadamkan kebakaran dijalankan menggunakan dua aliran dan empat pancutan.

"Api berjaya dikawal 8.45 malam dan kerja pemadaman api secara keseluruhan sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media.   

Mohamad Mustakim berkata, kedai pertama musnah 30 peratus, kedua 80 peratus, ketiga 30 peratus dan  keempat 10 peratus.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Berita Harian X