Rabu, 6 Disember 2017 | 11:13am
ANTARA penagih dadah yang ditahan AADK dalam operasi di tiga rumah di sekitar daerah Pendang yang dijadikan sarang penagihan dadah susulan maklumat orang awam. - Foto Ihsan AADK

AADK tahan penagih

PENDANG: Seramai 30 penagih dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Pendang di tiga buah rumah yang dijadikan sarang, dalam operasi bermula semalam hingga awal pagi ini.

Semua ditahan berusia 18 hingga 56 tahun, bekerja sebagai penoreh getah, pesawah dan mekanik.

Operasi 12 jam bermula 3 petang semalam, AADK menggempur kawasan di Kampung Guar Kepayang,  Kampung Kubang Jelai dan Kampung Pondok Haji Hussain, dekat sini.

Pemangku Ketua Pegawai AADK daerah Pendang, Nazir Kassim berkata,  operasi itu disertai 14 anggota AADK Pendang, Padang Terap dan Unit Antidadah Sempadan Bukit Kayu Hitam diketuai Ketua Operasi, Mohd Hafiz Mansor.

"Serbuan ini, hasil maklumat orang awam dalam usaha membanteras dadah daripada menular kepada remaja.

"Hasil ujian air kencing, 30 lelaki positif dadah jenis opiat dan ethamphetamine, " katanya dalam kenyataan media, di sini.

405 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »