Rabu, 6 Disember 2017 | 2:13pm
KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas melanggar penghadang jalan dan terbabas di .Kilometer 30.9, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

Lelaki maut dalam perjalanan ziarah pakcik

SHAH ALAM: Seorang pereka logo maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 30.9, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), awal pagi tadi.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, S Kartik, disahkan maut ditempatkan kejadian.

Katanya, kejadian berlaku selepas kereta yang dipandu mangsa dari arah Klang ke Kuala Lumpur itu hilang kawalan.

"Mangsa yang berusia 22 tahun itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk melawat pakciknya yang sedang sakit.

KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas melanggar penghadang jalan dan terbabas di .Kilometer 30.9, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), awal pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

"Bagaimanapun, ketika perjalanan, mangsa tidak dapat mengawal kenderaannya lalu merempuh penghadang jalan di sebelah kiri.

"Berikutan rempuhan itu, kereta mangsa berpusing dan mangsa terhumban ke tengah jalan. Kereta mangsa hampir remuk," katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Shafien berkata, mangsa yang berasal dari Mentakab, Pahang, mengalami cedera parah seluruh badan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian X