Selasa, 12 Disember 2017 | 7:43pm
KERETA mangsa yang remuk akibat pelanggaran dalam kemalangan di Jalan Saujana Impian, Kajang, semalam. - Foto ihsan pembaca

KEMALANGAN membabitkan lima kereta dan dua motosikal di Jalan Saujana Impian Kajang, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca

7 kenderaan berlanggar

KAJANG: Lima buah kereta dan dua motosikal terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Saujana Impian Kajang, awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 8 pagi itu membabitkan kereta jenis Honda City, PROTON Saga BLM, Wira, TOYOTA Vios dan Citra.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof, berkata kemalangan berlaku apabila dua buah kereta dari arah Kuala Lumpur menghala ke Semenyih berlanggar.

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kereta terbabas dan memasuki lorong bertentangan. Ia dilanggar pula tiga kereta lain dan dua motosikal, yang tidak sempat mengelak," katanya dalam satu kenyatan hari ini.

KERETA mangsa yang remuk akibat pelanggaran dalam kemalangan di Jalan Saujana Impian, Kajang, semalam. - Foto ihsan pembaca
KERETA mangsa yang remuk akibat pelanggaran dalam kemalangan di Jalan Saujana Impian, Kajang, semalam. - Foto ihsan pembaca

Kemalangan itu menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera parah dan seorang pemandu serta penumpang kereta cedera.

"Penunggang motosikal itu retak tulang paha kanan dan tulang rusuk patah, pemandu kereta patah tiga jari kanan, manakala penumpang kereta mengalami gegaran otak," katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X