Selasa, 12 Disember 2017 | 11:50pm
LIMA sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 176 Jalan berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya, dekat Segamat.
LIMA sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 176 Jalan berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya, dekat Segamat.
NUR Alya Humairah, 3 bulan, maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 176 Jalan berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya, dekat Segamat.
NUR Alya Humairah, 3 bulan, maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 176 Jalan berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya, dekat Segamat.

Identiti 5 sekeluarga mangsa dikenal pasti

SEGAMAT: Mangsa maut dalam kemalangan membabitkan PERODUA Viva dan bas ekspres di Segamat, disahkan sebagai Muhammad Abu Dujanah Dzulkrinain, 30, isteri, Zinnirah Abdul Hamid, 28 dan tiga anak mereka.

Tiga anak pasangan itu yang maut adalah Nur Maghfirah, 6; Muhammad Abu Ajwad, 4 dan Nur Alia Humairah, tiga bulan.

Seorang lagi anak perempuan pasangan itu yang berusia tiga tahun, Nur Ghaziyah Athirah, dilaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Segamat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi, lima sekeluarga, termasuk seorang bayi lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 176 Jalan berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya, dekat sini.

Keluarga berkenaan menetap di Taman Ilham, Kluang.

Berita Harian X