Rabu, 20 Disember 2017 | 5:00pm
BEBERAPA tapak penggalian yang dilakukan pasukan penyiasat dikenali sebagai Kubur 20 dipercayai tapak kubur pelarian Rohingnya yang mati dan dikebumikan di kawasan bukit di Genting Perah, Wang Kelian. - Foto Hafizudin Mohd Safar

Rahsia di Wang Kelian

KUALA LUMPUR: Siasatan hampir dua tahun oleh pasukan projek khas akhbar New Straits Times (NST) mengenai penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit di Wang Kelian, Perlis, mendedahkan bukti baharu yang cukup mengejutkan.

Hasil siasatan laporan eksklusif itu mendapati wujudnya cubaan untuk menutup kes berprofil tinggi berkenaan, yang dilakukan dengan terancang.

Paling mengejutkan, kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit sempadan negara itu ditemui pada Januari 2015, namun hanya diumumkan pihak polis pada 25 Mei.

Satu lagi persoalan yang dibangkitkan laporan itu adalah mengenai arahan polis supaya kem itu dimusnahkan sebelum siasatan pihak forensik, sedangkan lokasi itu berpotensi sebagai lokasi kejadian jenayah.

Siasatan terperinci juga mendapati beberapa lagi persoalan yang tidak mampu dijawab, antaranya, mengapa penemuan awal kem dirahsiakan dan siapa yang memberi arahan untuk membersihkan dan memusnahkan lokasi kejadian serta mengapa ia dilakukan.

Dalam mencari kebenaran, pasukan NST menemubual sumber yang boleh dipercayai, mengumpulkan lebih banyak dokumen rasmi dan laporan berkaitan selain memeriksa semula fakta, mencari saksi yang kuat dan fakta yang disahkan melalui pelbagai sumber bebas.

Sepanjang penyiasatan, pasukan mengesan dan menemubual beberapa individu yang terbabit secara langsung dengan kes berkenaan.

Pasukan projek khas NST juga melawat kembali tempat kejadian untuk mencari bukti dan melihat sendiri lokasi jenayah, yang mana mangsa kes pemerdagangan manusia itu di tempatkan, termasuk diseksa dan kubur tempat persemadian mangsa yang meninggal dunia akibat sakit, kebuluran atau mungkin dibunuh.

Pasukan terpaksa berjalan kaki di dalam hutan serta mendaki lebih dari tiga jam untuk sampai ke lokasi kejadian kerana berdasarkan maklumat, masih ada saki-baki sindiket pemerdagangan beroperasi di kawasan berdekatan.

Difahamkan, lebih 150 mayat warga asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan dan ditanam di kubur tidak bertanda di Wang Kelian., sudah dikeluarkan dari kawasan itu.

Berita berkaitan:

- [EXCLUSIVE] The secrets of Wang Kelian exposed

- Perlu rangka kerja keselamatan sempadan Malaysia-Thai

- Lagi 14 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dikebumi

- Polis Perlis sahkan 24 rangka manusia ditemui di Bukit Wang Burma

- 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dikebumi pagi ini

- 20 lagi mayat dipercayai PATI dikeluarkan

- 14 lagi mayat mangsa pemerdagangan manusia dikeluarkan hari ini

- Rohingya: 12 kubur digali, 14 mayat dijumpai

- Rohingya: Tak perlu mandi, kafan dua kali - Jamil Khir

- Kem transit 100 meter dari sempadan Thailand - Shahidan

- Kubur besar Perlis: 12 polis ditahan

- Penemuan kubur beramai-ramai: PM jamin kesan dalang

- 139 kubur, 28 khemah dan mayat ditemui di Gunung Perlis - KPN

Berita Harian X