Khamis, 4 Januari 2018 | 1:59pm
MOHD Hussin Latif, diiringgi anggota polis untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani kerana merogol dan cabul anak perempuannya. - FotO Omar Osman

Seks oral, bapa saudara dipenjara, sebat

SUNGAI PETANI: Seorang penganggur dihukum penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas kesalahan memaksa anak saudaranya berusia tujuh tahun melakukan seks oral, tahun lalu.

Hakim N Priscilla Hemamalini memerintahkan hukuman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Disember lalu.

Tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna dan berseluar jeans biru mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa berusia tujuh tahun dengan tujuan seksual di sebuah rumah di Taman Aman Perwira, Kuala Ketil, pada jam 10 malam 15 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Bagi dakwaan mengikut Seksyen 16 akta sama juga, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Savinder dalam pendakwaannya memohon mahkamah memberi hukuman maksimum kepada tertuduh kerana kekerasan digunakannya dalam memaksa mangsa menghisap kemaluan tertuduh.

Selain itu, hukuman berat dipohon pihaknya juga dengan mengambil kira perbuatan dilakukan itu membabitkan kesalahan serius terhadap anak saudara sendiri.

Berita Harian X