Ahad, 7 Januari 2018 | 3:36pm
ROTAN digunakan suspek untuk mencederakan mangsa.
KERETA suspek yang dirampas polis.

Tangkap dalam tempoh 24 jam

KLANG: Polis menahan dua lelaki yang mencederakan seorang pengurus sebuah restoran ketika cubaan menyamun di Bandar Botanik, pagi kelmarin dalam tempoh 24 jam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata, dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun, yang baru habis kerja menuju ke keretanya yang diparkir di hadapan restoran.

"Sebuah kereta tiba-tiba meluru ke arah mangsa dan cuba menarik beg silangnya, tetapi gagal.

"Berikutan itu, mangsa mengalami patah jari akibat dipukul dengan kayu ketika cuba menghalang suspek.

"Bertindak atas maklumat, polis menahan dua suspek yang berusia 29 dan 19 tahun di Jalan Gedung Raja Abdullah, di sini pada jam 11.30 malam tadi.

"Polis turut merampas kereta jenis Proton Waja suspek untuk menyamun dan sebatang rotan dipercayai digunakan memukul mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyamun sehingga mendatangkan kecederaan.

Berita Harian X