Khamis, 11 Januari 2018 | 6:30pm
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy (dua dari kanan) bersama Pengarah Kastam Selangor, Datuk Sarip Ismail (tiga dari kiri) menunjukkan rokok seludup serta arak yang dirampas dalam tiga kes yang berbeza dengan nilai duti cukai keseluruhanya RM2.25 juta pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam Selangor, Pelabuhan Klang. - Foto Muhammad Sulaiman
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy (dua dari kanan) bersama Pengarah Kastam Selangor, Datuk Sarip Ismail (tiga dari kiri) menunjukkan rokok seludup serta arak yang dirampas dalam tiga kes yang berbeza dengan nilai duti cukai keseluruhanya RM2.25 juta pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam Selangor, Pelabuhan Klang. - Foto Muhammad Sulaiman

Elak cukai hampir RM2.25 juta

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan tiga kes penyeludupan pada Disember dan awal bulan ini, membabitkan cukai hampir RM2.25 juta.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Sri T Subromaniam, berkata tiga kes berkenaan membabitkan penahanan kontena muatan rokok tanpa permit sah, penahanan lori rigid muatan minuman keras yang belum lulus Kastam dan rampasan minuman keras yang dijual secara atas talian.

"Kes pertama membabitkan percubaan penyeludupan kontena muatan rokok tanpa permit sah, yang diseludup dari negara jiran melalui Pelabuhan Utara pada 17 Disember lalu.

"Tindakan pemandu dan kelindan lori berkenaan membawa keluar lori melalui lorong muatan kosong menimbulkan curiga, malah mereka turut melarikan diri ketika polis bantuan mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan mendapati ia dimuatkan dengan sejumlah 350 kotak (28,000 karton) rokok kretek jenama Gudang Garam, yang belum lulus Kastam.

"Nilai rampasan dianggarkan RM470,400 dengan cukai berjumlah RM2.16 juta," katanya pada sidang media di Wisma JKDM, Pulau Indah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes kedua pula membabitkan rampasan minuman keras (bir) belum lulus Kastam sebanyak 500 karton (12,000 tin) bernilai RM19,800, yang disembunyikan di ruang penyimpanan rahsia sebuah lori kosong.

"Jumlah cukai bagi minuman keras berkenaan dianggarkan RM83,893," katanya.

Subromaniam berkata, kes terbaru adalah pada Isnin lalu apabila sepasang suami isteri ditahan kerana didapati menjual minuman keras belum lulus Kastam secara atas talian.

Katanya, JKDM turut menyerbu sebuah rumah di daerah ini yang dijadikan tempat penyimpanan stok minuman keras dan hasil pemeriksaan menemui 32 kotak wain bernilai RM4,950 dengan cukai RM3,882 serta dua tong berisi bir dianggarkan bernilai RM70 dan cukai RM149.95.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X