Khamis, 18 Januari 2018 | 3:32pm
KEADAAN motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kelupu, Bintangor. awal pagi tadi - Foto Khalid Latip
KEADAAN motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kelupu, Bintangor. awal pagi tadi - Foto Khalid Latip

Warga emas maut, motosikal terbabas

BINTANGOR: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas, lalu terhumban ke bahu jalan, di Jalan Kelupu di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Kiing Song Kwong, 74, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis Sopian Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari Sibu menghala ke Bintangor.

Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Setakat ini, kita masih mengklafikasikan kes ini sebagai kemalangan kendiri. Bagaimanapun, kita masih mencari saksi kejadian bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

"Mayat mangsa yang berasal dari Bintangor kemudian dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X