Isnin, 22 Januari 2018 | 6:37pm
MUHAMMAD Rafi diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas kesalahan dengan sengaja mengacu pisau hingga mencederakan leher isterinya ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, hari ini. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Penganggur mengaku tak bersalah cedera leher isteri

AYER KEROH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya dengan pisau, Disember tahun lalu.

Muhammad Rafi Md Taib, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Rafi didakwa dengan sengaja mengacu pisau pada leher isterinya berusia 39 tahun hingga cedera di sebuah rumah, di Kampung Alai, jam 1.15 tengah hari, pada 16 Disember tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324A Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara hingga enam tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria menawarkan jaminan RM8,000, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguambela.

Mahkamah kemudian menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X