Selasa, 20 Februari 2018 | 11:33am
ANGGOTA polis memeriksa ekspres dalam Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru. - Foto Nurul Amanina Suhaini
ANGGOTA polis memeriksa ekspres dalam Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru. - Foto Nurul Amanina Suhaini
PEMERIKSAAN terhadap pemandu bas ekspres menerusi Ops Selamat bersempena Tahun Baru Cina yang dijalankan di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru.- Foto Nurul Amanina Suhaini
PEMERIKSAAN terhadap pemandu bas ekspres menerusi Ops Selamat bersempena Tahun Baru Cina yang dijalankan di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru.- Foto Nurul Amanina Suhaini

Pemandu bas dakwa majikan salah guna dokumen

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas berusia 50 tahun mendakwa pengusaha bas ekspres menggunakan dokumen dirinya bagi memperbaharui cukai jalan bas ekspres sehingga menyebabkan dirinya mempunyai 15 saman lampau

Itu antara alasan pemandu berkenaan apabila polis memaklumkan dia mempunyai waran tangkap dalam Ops Selamat yang dijalankan di Terminal Bas Larkin, di sini, malam tadi.

Pemeriksaan mendapati individu itu tidak menjelaskan saman sejak tahun 2011, yang dikeluarkan berhubung kesalahan trafik, termasuk melanggar had laju dan pandu perlahan di lorong kanan.

Operasi Penguatkuasaan sempena Tahun Baharu Cina turut mendapati pemandu bas yang tiba dari utara itu mempunyai saman tertunggak berjumlah RM4,500.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor, Superintendan Razak Md Said, berkata selain itu hasil pemeriksaan ujian saringan air kencing terhadap seorang lagi pemandu bas berusia 38 tahun, didapati positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, operasi yang disertai 18 pegawai dan anggota itu dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama-sama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Beliau berkata, operasi bermula jam 9 malam dan berakhir dua jam kemudian, membabitkan pemeriksaan terhadap 25 bas dan 30 lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 50 tahun, selain lapan saman dikeluarkan membabitkan lain-lain kesalahan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X