Rabu, 23 Mei 2018 | 9:28pm
ANGGOTA polis membawa keluar beberapa beg dan kotak yang berisi wang selepas pengiraan wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences minggu lepas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Menara KPJ. - Foto BERNAMA

 ANGGOTA polis membawa keluar beberapa buah beg dan kotak yang berisi wang selepas pengiraan wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences minggu lepas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Menara KPJ hari ini. - Foto BERNAMA

Lebih RM100 juta dalam 35 beg

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas dari Pavilion Residences, di Bukit Bintang, minggu lalu dikatakan berjumlah lebih RM100 juta

Sumber berkata pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, sudah menyelesaikan tugas mengira wang tunai yang dirampas di ibu pejabatnya di Menara KPJ, di Jalan Tun Razak di sini, pagi tadi.

"Proses mengira wang tunai bermula pada hari Isnin kerana penyiasat memerlukan masa berjam-jam untuk memastikan proses dilakukan dengan teliti.

"Sebanyak 35 beg berisi wang tunai dikira oleh anggota polis dengan bantuan pegawai Bank Negara. Jumlah keseluruhannya adalah lebih RM100 juta," katanya.

Beg duit itu adalah antara 284 kotak yang diisi dengan beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas dalam pemeriksaan ke atas tiga unit kondominium mewah di sini.

Pemeriksaan itu dibuat sebagai sebahagian daripada proses siasatan polis ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, enggan mengulas lanjut mengenai jumlah wang yang diperiksa berikutan siasatan masih lagi berjalan.

"Maaf, pada masa ini saya tidak dapat memberikan pengesahan mengenai jumlah wang tunai yang sudah selesai dikira kerana siasatan masih berjalan.

"Saya akan menyatakannya dalam sidang media yang akan datang berhubung perkembangan terkini siasatan," katanya.

Isnin lalu, proses pengiraan 11 beg mengandungi wang tunai dijalankan oleh JSJK bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 8.30 malam, sebelum proses pengiraan 16 lagi beg berjalan semalam.

Hari ini sebanyak lapan lagi beg dikira oleh JSJK sebelum kesemuanya diserahkan kepada Bank Negara dengan kawalan ketat pihak polis.

Berita Harian X