Jumaat, 1 Jun 2018 | 10:13am
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 60, Jalan Tawau-Kunak, semalam. - Foto ihsan pembaca
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 60, Jalan Tawau-Kunak, semalam. - Foto ihsan pembaca

Mekanik maut kereta bertembung lori tangki

TAWAU: Seorang mekanik maut apabila kereta dinaikinya bertembung sebuah lori tangki di Kilometer 60, Jalan Tawau-Kunak, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 4.15 petang, penumpang Perodua Viva, Mohamad Sopian Ridzwan, 29, meninggal dunia akibat patah tulang rusuk dan kecederaan dalaman.

Rakannya yang juga pemandu kenderaan, Norrahmat Salleh, 34, pula luka di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata nahas berlaku apabila kereta mangsa yang dalam perjalanan dari Kunak menghala ke Tawau, dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapan tetapi gagal lalu hilang kawalan.

"Kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung lori tangki," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fadil berkata, Mohamad Sopian meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Kunak, manakala pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X