Rabu, 13 Jun 2018 | 8:31am
Anggota polis membuat pemeriksaan setiap kenderaan melalui plaza tol Duta arah selatan ketika OP Pelbagai sempena OP Selamat 13 Hari Raya Aidilfitri 2018. - Foto Zunnur Al Shafiq

Pemandu guna nombor plat palsu ditahan

KUALA LUMPUR: Menggunakan nombor plat pendaftaran kereta palsu antara kesalahan dikesan polis menerusi Op Pelbagai sempena perayaan Aidilfitri, di Plaza Tol Jalan Duta, di sini, bermula lewat malam tadi hingga jam 2.30 pagi ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber), Asisten Komisioner Md Dali Wahid, berkata tindakan pemandu kereta itu menukar nombor plat berkenaan di bahu lebuh raya arah selatan dirakam kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Katanya, suspek yang memandu kereta Honda City hitam itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 108(3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor plat pendaftaran palsu.

"Setakat ini, kita baru tahan satu kereta. Bagi motosikal pula, 78 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

Anggota polis membuat pemeriksaan setiap kenderaan melalui plaza tol Duta arah selatan ketika OP Pelbagai sempena OP Selamat 13 Hari Raya Aidilfitri 2018. - Foto Zunnur Al Shafiq
Anggota polis membuat pemeriksaan setiap kenderaan melalui plaza tol Duta arah selatan ketika OP Pelbagai sempena OP Selamat 13 Hari Raya Aidilfitri 2018. - Foto Zunnur Al Shafiq

"Sebanyak 27 kenderaan terdiri daripada bas ekspres dan lori pula ditahan kerana kesalahan melebihi had laju," katanya pada sidang media Op berkenaan, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata sembilan pegawai kanan dan 32 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta enam anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikerahkan bagi memastikan kelancaran Op berkenaan.

"Kita ada tiga 'checkpoint' sebelum kenderaan terbabit ditahan di kawasan Plaza Tol Jalan Duta, atas sebab itu kita memerlukan kekuatan anggota yang mencukupi.

"Kita harap menerusi Op ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar kemalangan terutama membabitkan bas.

"Op yang dijalankan ini akan berterusan, mungkin selepas ini kita akan adakan Op di Tol Sungai Besi, ia bergantung kepada keadaan," katanya.

Anggota polis membuat pemeriksaan setiap kenderaan melalui plaza tol Duta arah selatan ketika OP Pelbagai sempena OP Selamat 13 Hari Raya Aidilfitri 2018. - Foto Zunnur Al Shafiq
Anggota polis membuat pemeriksaan setiap kenderaan melalui plaza tol Duta arah selatan ketika OP Pelbagai sempena OP Selamat 13 Hari Raya Aidilfitri 2018. - Foto Zunnur Al Shafiq

Berita Harian X