Sabtu, 16 Jun 2018 | 8:42pm
SEORANG lelaki maut manakala adiknya parah akibat merempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan untuk berhari raya di Kilometer 66.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat FELDA Bukit Tongkat, tengah hari tadi. - Foto Ihsan Polis

Maut hendak pergi beraya

KLUANG: Seorang lelaki maut manakala adik lelakinya parah apabila motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan untuk berhari raya, di Kilometer 66.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang,dekat FELDA Bukit Tongkat, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Zulfazly Tuhid, 24, disahkan maut ketika dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, di sini, manakala, adiknya, Mohamad Nasrul, 13, yang parah masih dirawat di hospital sama.

Pemandu PERODUA MyVi, seorang lelaki berusia 26 tahun dan isterinya, 20 tahun, cedera ringan dan dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata ketika kejadian kedua-dua mangsa yang tinggal di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, dalam perjalanan menghala ke bandar Kluang dipercayai untuk berhari raya di rumah rakan.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta PERODUA MyVi dinaiki pasangan suami isteri itu dirempuh motosikal dinaiki mangsa ketika kereta berkenaan keluar dari simpang FELDA Bukit Tongkat menghala ke arah Kota Tinggi di Jalan Kota Tinggi-Kluang.

"Hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa memotong kenderaan lain di jalan garisan berkembar sebelum merempuh PERODUA MyVi itu.

"Akibat rempuhan itu penunggang motosikal cedera parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, manakala adiknya cedera parah dan masih dirawat di hospital sama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pasangan suami isteri itu turut dirawat di hospital sama.

Mohamad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Berita Harian X