Rabu, 4 Julai 2018 | 1:18am
DATIN Seri Rosmah Mansor dilihat keluar dari kediamannya di Langgak Duta, pada jam 12.09 tengah malam ini dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna perak serta diiringi sebuah lagi kenderaan berwarna hitam. - Foto Supian Ahmad

Rosmah dilihat meninggalkan Langgak Duta

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilihat keluar dari kediamannya di Langgak Duta, di sini pada jam 12.09 tengah malam ini dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna perak serta diiringi sebuah lagi kenderaan berwarna hitam.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati terdapat empat lagi orang dalam kenderaan yang dinaiki Rosmah, bagaimanapun identiti mereka dan lokasi yang dituju tidak dapat dipastikan.

Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 petang ini di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Najib ditahan berkaitan kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Berita Harian X