Rabu, 11 Julai 2018 | 5:33pm
JHO Low dipercayai melarikan diri ke China dari Macau sama ada dengan kereta atau pesawat peribadi.

Jho Low dipercayai berada di China

HONG KONG: Ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki untuk siasatan skandal membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho, dipercayai melarikan diri ke China dari Macau.

Bagaimanapun, menurut laporan South China Morning Post, lokasi sebenar ahli perniagaan yang dikenali sebagai Jho Low itu, tidak dapat dipastikan.

Sumber memberitahu akhbar itu bahawa Jho Low, 37, kini berada di China selepas melarikan diri dari Macau menggunakan kereta atau pesawat peribadi.

Pihak berkuasa Malaysia sudah memohon bantuan Interpol untuk membawa pulang ahli perniagaan itu bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah berkaitan 1MDB itu.

Berita Harian X